ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasmi! SUV elektrik sulung Lotus akan dikenali dengan nama Eletre

Berita Global

Views
Lotus Eletre is coming to life.

Akhirnya, SUV elektrik sulung Lotus (Type 132) mempunyai nama rasmi dan ia akan dikenali sebagai “Eletre“. Ini bermakna, Eletre masih lagi meneruskan legasi nama kereta Lotus yang bermula dengan abjad “E”.

Eletre bakal membuat kemunculan global pertamanya pada 29 Mac nanti dan sebelum ini Lotus kerap menyiarkan beberapa siri video acah model berkenaan bagi menghangatkan lagi hari pelancaran rasminya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

SUV ini menampilkan gaya bahasa rekaan serba baharu di bahagian depan dengan lampu depan nipis melintang, tidak seperti Emira dan Evija.

Rekaan dalaman Eletre menampilkan kelompok instrumen jenis digital, butang kawalan haptik pada stereng dan paddle shifter yang berkemungkinan bertindak untuk mengawal brek regeneratif, memandangkan ia tiada gear fizikal.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Buat masa ini tidak banyak info mengenai trenkuasa, dinamik bahkan beratnya, namun Lotus mendedahkan yang ia akan menampilkan pilihan bateri 90 hingga120 kWh, seni bina 800-volt dan 0-100 km/j di bawah tiga saat bagi model tertentu.

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan foto intip unit ujian yang dikesan di China dan juga imej paten model berkenaan yang bakal memberi gambaran awal bagaimanakah rupa sebenarnya nanti.

Selepas Eletre, Lotus akan menawarkan beberapa lagi model yang dibangunkan dari pelantar seni bina Lotus Premium, termasuklah coupe empat-pintu pada 2023, crossover bersaiz lebih kecil pada 2025 dan kereta sport pada 2026.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply