ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV Electra Quds Rise – Kereta sport elektrik keluaran syarikat milik usahawan berketurunan Palestin

Berita Global

Views

Syarikat EV Electra milik ahli perniagaan berketurunan Palestin, Jihad Mohammad telah menghasilkan kereta sport elektrik yang dinamakan Quds Rise. Menurut Sinar Harian, nama Quds dalam bahasa Arab merujuk kepada Baitulmuqaddis yang melambangkan kebangkitan Baitulmuqaddis dalam bahasa Melayu dan merupakan satu cetusan idea daripada ahli perniagaan tersebut.

EV Electra juga merupakan syarikat pertama di dunia Arab yang akan mengeluarkan kereta sport elektrik. Quds Rise dijual pada harga AS$30,000 (RM122,925) seunit merupakan sebuah kereta sport elektrik dengan dua tempat duduk yang mampu menghasilkan output sehingga 160 kuasa kuda menerusi pacuan roda belakang.

Kereta sport elektrik dengan berat 1100 kg itu mampu memecut sehingga mencapai halaju maksima 165 km/j dengan jarak perjalanan sehingga 450km. Badan kereta ini diperbuat daripada bahan gentian kaca yang dibina atas casis aluminum ringan.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Ia dikuasakan oleh bateri jenis lithium ion 50 kWj dan turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18-inci serta paparan untuk pemandu serta skrin sesentuh bersaiz 15.9-inci. Dari segi keselamatan Quds Rise dilengkapi dengan sistem brek regeneratif.

Reka bentuknya tidaklah ‘semenggah’ mana, namun ada keunikannya yang tersendiri dengan menampilkan jeriji ala Bugatti Veyron berbentuk kubah dengan kemasan berwarna emas yang diinspirasikan dari Dome of Rock atau Qubbat As-Sakhrah. Difahamkan sebanyak 10,000 unit Quds Rise akan dikeluarkan lewat tahun ini di Lubnan.

Menurut AFP, Mohammad dilaporkan berkata, beliau menubuhkan syarikat EV Electra empat tahun lalu di Lubnan selepas tinggal selama beberapa tahun di luar negara dan menggaji 300 kakitangan termasuk jurutera Palestin dan Lubnan dan proses menghasilkan kenderaan berkenaan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu juga berkata, harga keretanya itu adalah yang termurah di dunia dan hanya sejumlah kecil individu sahaja yang mungkin mimpi untuk memandu sebuah kenderaan elektrik pada harga tersebut. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan syarikat itu di Beirut pula dilaporkan membina enjin dan baterinya.

Kereta itu diharapkan dapat menembusi pasaran Eropah pada lewat tahun ini dan menurut Mohammad, para pembeli akan ditawarkan untuk membayar separuh harga kereta itu dalam bentuk dolar Amerika manakala baki bayarannya boleh dibuat menerusi mata wang pound Lubnan.

Pembeli-pembeli kereta tersebut ditawarkan untuk membuat pembayaran selama lima tahun tanpa kadar faedah. Syarikat itu juga merancang untuk membina kira-kira 100 stesen pengecas kereta tersebut di seluruh negara itu yang akan dihubungkan dengan janakuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply