ARKIB

KATEGORI

Buletin

FCA dan PSA bakal bergabung?

Berita Global

Views

Akhirnya, desas-desus mengenai penggabungan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan PSA Group terjawab kerana kedua-dua entiti ini mengesahkan mereka sedang mengadakan perbincangan. Jika kedua-duanya bersetuju dengan segala aspek, ia bakal menyaksikan mereka bakal membentuk salah satu daripada konglomerat automotif terbesar di dunia.

Menerusi satu siaran akhbar ringkas, PSA berkata pihaknya mengesahkan sedang mengadakan perbincangan untuk membentuk salah satu entiti automotif terbesar di dunia. Selang beberapa jam selepas pengumuman tersebut dibuat, pihak FCA pula tampil untuk mengesahkan perkara yang sama dan berkata “tiada apa-apa lagi untuk ditambah buat masa ini”.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Sebelum ini, ada laporan menyebut syarikat induk kepada jenama Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall itu telah cuba untuk ‘meminang’ FCA awal tahun ini, namun dikatakan ‘lamaran awal’ mereka telah ditolak. Dalam masa yang sama juga, Fiat-Chrysler cuba berunding dengan Renault, namun ia pula tidak mendapat ‘restu’ dari kerajaan Perancis, yang memiliki pegangan 15 peratus dan Nissan yang merupakan rakan kongsi dalam gabungan tersebut.

Penggabungan antara PSA-FCA akan membantu kedua-dua syarikat berkongsi kos pengeluaran dan terus mengembangkan jangkauan mereka, menjadikan mereka pemain global yang lebih besar. Tahun lalu, kedua-dua syarikat ini berjaya menjual sebanyak 8.7 juta kenderaan, mengatasi jualan General Motors berjumlah 8.4 juta, tetapi masih berada di belakang Toyota dan Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Kumpulan Volkswagen pula telah berjaya menjual sebanyak 10.8 juta unit kereta pada 2018. Sekiranya ia menjadi kenyataan, FCA akan membantu PSA untuk melancarkan semula jenama Peugeot di Amerika Syarikat. Dalam perkembangan berasingan, lembaga pengarah PSA Group dilaporkan memberi ‘lampu hijau’ kepada Ketua Pegawai Eksekutif Carlos Tavares untuk meneruskan rundingan untuk bergadbung Fiat Chrysler Automobiles.

Reuters melaporkan, kedua-dua pengeluar kereta itu semakin hampir untuk mewujudkan entiti global baharu yang bakal mengubah landskap industri automotif dunia. Lembaga pengarah FCA dijangka bertemu dengan lembaga pengarah Exor, syarikat induk keluarga Agnelli yang menguruskan Fiat Chrysler semalam.

Tiada sebarang perincian mengenai pertemuan tersebut, namun jika melihat kepada perkembangan mutakhir dan ada kemungkinan satu pengumuman bakal dibuat seawal hari ini. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply