ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khazanah masih tak berminat jual PLUS – Shahril Ridza

Berita Tempatan

Views

Kira-kira sejam yang lalu, kami kongsikan artikel mengenai kertas cadangan terbaharu Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) yang telah menaikkan nilai bidaan untuk membeli kepentingan PLUS Expressway Bhd. Portal MalaysiaGazette pula melaporkan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan kekal pada pendiriannya tidak berminat menjual PLUS Expressway Bhd. (PLUS).

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Walaupun masih belum melihat kertas cadangan terbaharu WBG itu, beliau berkata pihaknya tidak berada dalam mood untuk menjual aset tersebut memandangkan Tun (Dr. Mahathir Mohamad) pernah membuat kenyataan yang mengatakan masih tiada tawaran yang menarik setakat ini. Jadi beliau berpegang kepada kenyataan itu dan merasakan pendiriannya tidak berubah meskipun Widad telah menaikkan tawarannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis di Persidangan Korporat PNB di Kuala Lumpur, hari ini. WBG hari ini mengumumkan syarikat tersebut menyemak semula tawaran ke atas PLUS kepada RM5.3 bilion dengan cadangan untuk menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti ke atas pengendali lebuh raya itu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, dalam pembentangan kepada Kementerian Kerja Raya semalam, pihaknya menawarkan RM5.3 bilion sebagai pertimbangan tunai selain pengecualian pampasan sebanyak RM3.038 bilion dan andaian hutang RM30 bilion yang membawa kepada nilai hutang perniagaan untuk ditawarkan sebanyak RM38.338 bilion.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply