ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford perkenal trak Ranger cab casis di Eropah yang boleh diubahsuai

Berita Global

Views

Ford telah melancarkan satu varian baharu dari trak pikap Ranger yang dikenali sebagai cab casis (chassis cab) di Eropah yang boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak pelanggan dan industri yang berbeza. Ranger chassis cab ini ditawarkan dalam bentuk cab tunggal, gaya badan varian XL, pacuan empat roda, enjin diesel Ford EcoBlue dan binaan badan atas kerangka yang kukuh.

Model ini dijangka menarik minat industri khusus seperti pembinaan, utiliti, perhutanan, ketenteraan dan operator penyelamat. Ia mempunyai keupayaan menunda dengan kapasit 3,500kg dan mampu mengangkut kenderaan dengan jisim bersih sekitar 3,270 kg.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Selain itu, gaya badan cab tunggal membolehkannya diubahsuai dengan panjang maksimum sehingga 2,518 mm di bahagian belakang. Sistem pacuan empat roda dengan pilihan julat rendah dan lega tanah 237 mm pula membolehkannya mengharungi kedalaman sehingga 800 mm.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pelanggan juga mendapat manfaat dari rangkaian Ford di lebih dari 160 Pengubah Kenderaan Berkelayakan (QVM) di 13 pasaran yang turut menawarkan jaminan. Ford juga telah bekerjasama rapat dengan pengubahsuai bagi mengoptimakan casis Ranger untuk pelbagai pengubahsuaian, termasuklah badan kotak, jongket (tipper) dan skylift.

Ranger cab casis dijana oleh enjin 2.0-liter EcoBlue empat silinder diesel yang mampu menghasilkan 167 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas. Ia dipadankan pula dengan kotak gear enam-kelajuan manual. Tempahan model ini di Eropah akan mula dibuka mulai bulan Januari tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply