ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sultan Johor kurnia Proton X70 dan Perodua Myvi kepada doktor dan matron HSA

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini telah berkenan untuk mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad DiRaja.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka. Pengarah Hospital, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing telah menerima sebuah Proton X70.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Manakala Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing telah menerima sebuah Perodua Myvi. Kenderaan diserahkan oleh Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.

Ujar salah seorang penerima, Dr. Mohtar, beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda kepadanya dan kakitangan. Beliau turut mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera dan berikrar akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply