ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Petronas berminat untuk bangunkan semula Litar Pasir Gudang

Sukan Permotoran

Views

Kewujudan satu lagi entiti sukan di bawah jenama Johor Darul Ta’zim (JDT)JDT Racing Team serta impak yang dibawa Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail berjaya menarik minat pengeluar minyak dan gas terbesar negara, Petronas untuk menjalin kerjasama menyeluruh.

Petronas yang sememangnya sinonim dengan sukan permotoran kini adalah penaja utama pasukan Formula 1 AMG Mercedes Petronas serta Litar Antarabangsa Petronas Sepang dijangka bakal meluaskan kuasanya bersama JDT Racing Team.

JDT Racing Team yang dikendalikan pelumba, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya membuat penampilan positif pada debut mereka di Kejohanan Asia Road Racing Championship 2024 apabila berjaya meraih podium dalam perlumbaan sulung bulan lalu di Thailand.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Prinsipal Pasukan, Steven Tan mengesahkan perkara ini selepas dihubungi FLASH SUKAN dan berkata kerjasama ini bukan sahaja melibatkan jentera perlumbaan tetapi akan menjadi penajaan di skala yang lebih besar.

“Memang benar saya sudah membawa Petronas untuk menghadap Pemangku Sultan Johor dan semuanya baik serta pihak kami sedang dalam proses melengkapkan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada ahli lembaga pengarah mereka.

“Mereka berminat untuk menaja dan menjalin kerjasama dengan JDT Racing Team dan mereka juga kini sedar nilai pasukan ini terutama selepas melihat penglibatan Tunku Ismail secara langsung dalam projek ini yang boleh saya gambarkan sebagai impak jenama Tunku dan JDT itu sendiri,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Steven turut menyatakan penglibatan Petronas bersama pasukan tidak hanya terhenti di dalam litar sahaja sebaliknya ia turut melibatkan pembangunan semula Litar Pasir Gudang yang bakal menjadi hab permotoran serta pencarian bakat menerusi akademi JDT Racing Team.

“Kerjasama ini turut akan melibatkan pembangunan semula Litar Pasir Gudang dan juga akademi permotoran JDT sekali gus bakal melihat Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencipta sejarah kali ini dalam sukan permotoran dua roda pula,” jelasnya.

Litar Pasir Gudang yang ikonik sepanjang 3.8km itu sudah tentu akan menjadi satu lagi tarikan buat pengunjung kerana litar itu mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan pernah menjadi tuan rumah untuk GP Motosikal Dunia pada 1998.

Perkara positif ini juga menarik perhatian peminat sukan permotoran dan juga pesaing JDT Racing Team, TKKR Racing yang memuat naik ucapan tahniah atas kejayaan menarik minat penajaan dari salah satu pemain besar dalam industri. – FLASH SUKAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply