ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto rasmi Volkswagen Golf MK8 tiris lebih awal

Berita Global

Views

Zaman dunia di hujung jari sekarang, memang susah nak sorok atau rahsiakan sesuatu termasuklah produk baharu. Kalau di negara kita pun susah nak bendung apatah lagi di luar sana. Setelah beberapa kali kantoi, akhirnya foto-foto rasmi Volkswagen Golf generasi kelapan sekali lagi tiris lebih awal dari sepatutnya.

Foto-foto ini mula tersebar di laman sesawang Motor Elpais dan mula menular ke serata dunia dalam tempoh yang singkat. Apa pandangan awal kami mengenai Volkswagen Golf generasi kelapan? Secara kasar reka bentuk Golf baharu ini mesih mengekalkan rekaan turun-temurun model itu yang berkesinambungan dari generasi ke generasi.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Cuma kali ini para pereka Volkswagen telah mengolah rekaan lampu depan yang lebih nipis dan bertakuk yang nampak bergaya dengan lampu siang LED (DRL). Paling ketara adalah rekaan emblem logo baharu Volkswagen yang diapit oleh jeriji yang lebih kecil. Ruang masuk udara pada bahagian bampar bawah yang lebih lebar menjadikan kereta ini lebih garang.

Rekaan sisi model ini walaupun maih mengekalkan rekaan yang ringkas tanpa lekuk-lekuk yang berserabut, masih menampakkan tubuh sasanya dan ia nampak lebih aerodinamik berbanding generasi sebelumnya. Di belakang, rekaannya lebih konvensional dengan rekaan lampu belakang yang nipis serta rekaan bampar yang ringkas dan kemas.

Boleh dikatakan rekaan luar Golf baharu adalah evolusi daripada model-model generasi terdahulu, namun perubahan paling drastik sebenarnya berlaku di bahagian dalam. Susun atur dan reka bentuk papan pemuka model ini lebih moden dan futuristik, namun begitu ia direka dengan cukup ringkas dan tidak keterlaluan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Paling menarik adalah kombinasi panel meter digital sepenuhnya yang bersambung dengan konsol tengah papan pemuka yang dilengkapi dengan sistem infohiburan dengan paparan sentuh. Pada waktu malam, mood pencahayaan boleh dipilih untuk menceriakan suasana ruang kabin. Buat masa ini tiada butiran terperinci didedahkan memandangkannya masih lagi belum dilancarkan secara rasmi.

Apa yang diperolehi setakat ini adalah dimensi Golf baharu yang mempunyai ukuran 4,280 panjang, 1,460 mm tinggi serta jarak antara gandar 2,840 mm. Selain itu, ada beberapa pilihan penjana tenaga akan ditawarkan, antaranya enjin petrol 1.0-liter tiga silinder serta 1.5-liter dan 2.0-liter empat silinder. Mungkin versi 1.5-liter CNG  akan turut ditawarkan selain beberapa pilihan enjin diesel 2.0-liter.

Versi mesra alam, e-Golf dilaporkan telah digugurkan daripada senarai bagi memberi laluan kepada model ID.3. Walaubagaimanapun, besar kemungkinan akan ada satu lagi versi, iaitu GTE hibrid plug-in yang menggunakan kombinasi enjin petrol dan motor elektrik.

Varian hot-hatch GTI bakal menyusul tahun depan dan ia bakal dijana oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang mampu menghasilkan 232 kuasa kuda. Ia kemudiannya disusuli dengan Golf GTI Cup dengan enjin berkuasa 286 kuasa kuda dan Golf R dengan 325 kuasa kuda.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply