ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat kalis serangan nuklear rosak langgar burung – Jutaan Dollar ‘terbang’

Berita Global

Views

Artikel kali ini kami nak keluar topik permotoran seketika, sebab ada satu cerita menarik yang diperolehi menerusi portal American Military News.com. Portal tersebut melaporkan, sebuah pesawat tentera laut “Doomsday” yang direka untuk kalis serangan nuklear, rosak akibat terlanggar seekor burung semasa latihan pendaratan awal bulan ini di pangkalan udara Maryland.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Laporan itu mengatakan, nilai kerosakan pesawat E-6B Mercury itu dianggarkan mencecah jutaan Dollar Amerika. Ia sepatutnya mendarat seketika sebelum berlepas segera dari pangkalan Patuxent River Naval Air, namun seekor burung telah disedut masuk ke dalam salah satu daripada empat enjin pesawat tersebut semasa ia sedang melakukan aksi itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Pengarah komunikasi Bahagian Pesawat Angkatan Udara Tentera Laut Tim Boulay berkata kepada Navy Times, insiden itu adalah kemalangan “Kelas A”, yang bermaksud nilai kerosakan pesawat itu sekurang-kurangnya mencecah 2 juta Dollar.

Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada kemusnahan pesawat dan kematian. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun pesawat tersebut terpaksa disimpan buat sementara selepas insiden pada 2 Oktober itu.

Ia merupakan kejadian kedua kemalangan “Kelas A” untuk pesawat tersebut dalam tahun ini. Pada Februari lalu, salah satu daripada pesawat itu merempuh sebuah hangar semasa ia sedang dipindahkan dari Tinker Air Force Base di Oklahoma. Insiden tersebut juga mengakibatkan kerosakan mencecah jutaan Dollar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply