ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jejantas runtuh timpa lori

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sepasukan anggota bomba telah mengambil masa lebih empat jam untuk mengeluarkan pemandu lori yang tersepit di bawah jejantas runtuh di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Shah Alam, malam tadi.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, mangsa seorang lelaki tempatan telah berjaya dibawa keluar jam 2.30 pagi. Mangsa parah di kedua-dua belah tangan dan kakinya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Hafisham berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam selepas lori dipandu mangsa melanggar jejantas pejalan kaki itu lalu mengakibatkannya runtuh menimpa lori tersebut. Tambahnya, pihak bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat bahagian runtuhan itu sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pemandu lori jongket itu dipercayai baharu selesai menuang bitumen untuk menurap jalan di kawasan berhampiran. Difahamkan, bahagian belakang lori terbabit lupa untuk diturunkan sehingga melanggar jejantas dan menyebabkannya runtuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply