ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vellfire untuk kegunaan rasmi menteri, kena tunggu keputusan Kabinet – Lim Guan Eng

Berita Tempatan

Views

Sejak kelmarin ‘kecoh’ di laman sosial terutama sekali yang berkaitan dengan politik setelah artikel mengenai isu pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai tinggi kerajaan disiarkan oleh sebuah portal.

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ia perlu menunggu keputusan dari Kabinet. Beliau memberikan reaksi ringkas itu ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Bayan Lepas. Menurutnya, semua kelulusan bergantung kepada keputusan Kabinet.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet telah berbincang kaedah terbaik yang dapat memberikan penjimatan kepada kerajaan. Antara yang dibincangkan ialah pemberian elaun kenderaan atau menyediakan kereta rasmi.



JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Saifuddin berkata, perkara itu nanti akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan. Kontrak kenderaan bakal ditawarkan kepada beberapa pembida selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco berakhir hujung tahun ini. Difahamkan kerajaan juga bercadang menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh lima tahun akan datang dan juga 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan kerajaan.

Kontrak baharu selama hanya 15 tahun membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun, bermula selepas tahun kelima. Syarikat yang akan membida untuk kontrak tersebut ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply