ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia 2019 dilancarkan – 6 varian, harga bermula dari RM24,090

Berita Tempatan

Views

Setelah beberapa siri iklan acah termasuk di konsert Big Stage baru-baru ini, Perodua dengan rasminya melancarkan Axia 2019 sebentar tadi. Sepatutnya majlis ini dibuat di karnival MYPerodua Nation yang dijadualkan bermula hari ini, namun ia terpaksa ditangguhkan akibat jerebu.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, di Perodua Sentral, Petaling Jaya. Enam varian ditawarkan – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE. Harga di atas jalan bermula dari RM24,090 untuk varian E hingga RM43,190 untuk varian AV (harga tanpa insurans).

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Setakat ini Perodua telah menerima lebih 5,000 tempahan sejak ia mula dibuka pada 22 Ogos lalu. Varian tertinggi AV kini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Kenderaan Di Hadapan dan Kawalan Kesilapan Operasi Pedal bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Selain itu, semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD). Semua varian akan dilengkapi dengan cangkuk ISOFIX, manakala varian SE dan AV pula dipasang dengan filemtingkap keselamatan dan solar.

Buat pertama kalinya varian baharu STYLE diperkenalkan pada model Axia 2019, yang tampil dengan gaya sebuah crossover. Axia STYLE menampilkan rekaan bampar depan dan belakang serba baharu dengan skid plate, pelapik badan, lampu belakang lensa jernih, rel bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima jejari bersaiz 15 inci kemasan dwi-tona. Varian ini juga mendapat warna baharu yang eksklusif iaitu Sunrise Orange.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Axia 2019 masih mengekalkan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang digabungkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual pada varian E dan transmisi 4-kelajuan automatik. Dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, Axia 2019 kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.

Berikut adalah senarai varian dan harga Perodua Axia 2019 (harga tanpa insurans):

  • Axia Standard E – RM24,090
  • Axia Standard G – RM33,490
  • Axia GXtra – RM34,990
  • Axia Style – RM38,890
  • Axia SE – RM38,890
  • Axia Advance – RM43,190

Kesemua varian Axia 2019 ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu). Perodua turut menawarkan pilihan aksesori GearUp untuk Axia 2019 dan ia boleh dimasukkan terus dalam pinjaman pembelian kenderaan dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply