ARKIB

KATEGORI

Tular

Foto unit pengeluaran Toyota Alphard, Vellfire 2023 bocor!

Foto Tiris

Views

Beberapa foto unit pengeluaran Toyota Alphard dan Vellfire generasi baharu (AH40) telah tertiris di laman sosial. Foto yang dirakam dalam fasiliti pengeluaran itu jelas memperlihatkan rupa sebenar MPV mewah itu.

Kedua-dua model tersebut dijangka membuat kemunculan rasminya pada pertengahan tahun ini, menurut informasi daripada media di Jepun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Seperti yang kita biasa lihat, Alphard dan Vellfire akan menampilkan wajah yang sedikit berbeza meskipun berkongsi model asas yang sama.

Model yang berasaskan pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-K) dijangka turut berkongsi rangkaian kuasa dengan Lexus LM 2023.

Dari segi penampilan, Alphard masih meneruskan tradisi jeriji besar dengan kemasan garisan krom putus-putus, manakala Vellfire pula kekal menggunakan imej lampu terpisah dengan kemasan jeriji krom melintang dan kali ini ia memakai lencana Toyota.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Di belakang, kedua-duanya masih membawa kesinambungan reka bentuk pada model generasi semasa (AH30) dengan penggunaan kombinasi lampu LED yang lebih moden dan futuristik. Jika anda perasan, emblem di belakang Vellfire ini tertera perkataan HEV dan E-Four.

Ini mungkin memberi petunjuk yang Vellfire akan ditawarkan dengan pilihan varian hibrid dengan pacuan empat roda (4WD). Lexus LM iaitu versi kembar yang ‘paling mewah’, telah pun dilancarkan pada April lalu.

Model LM ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4 liter turbo dan 2.5 liter Aspirasi Alami (NA) hibrid. Ada kemungkinan Alphard dan Vellfire akan berkongsi enjin yang sama dengan LM, manakala enjin 3.5 liter Aspirasi Alami (NA) V6 dijangka tidak akan ditawarkan lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply