ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET lantik lima lagi pengedar baharu smart

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) baru-baru ini telah melantik lima lagi pengedar berprestij jenama smart di Malaysia.

Selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand, pelantikan tersebut dijangka akan meningkatkan jualan model kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, smart #1 yang bakal tiba akhir tahun ini.

Para pengedar baharu ini mempunyai pengalaman luas dan mempunyai reputasi cemerlang dalam memenuhi keperluan para pembeli jenama automotif mewah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berikut adalah senarai lima pengedar baharu smart Malaysia:

  • Smart Mobility Sdn. Bhd. (Smart Mobility) – Bangsar, Kuala Lumpur
  • GB Auto Sdn. Bhd. (GB Auto) – Ipoh, Perak
  • Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd. (Eleganz Lifestyle) – Pulau Pinang
  • Lee Motors (Alor Star) Sdn. Bhd. (Lee Motors) – Kedah
  • Sigma Energy EV Sdn. Bhd. (Sigma Energy EV) – Melaka

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pemilihan setiap pengedar adalah sangat penting bagi memenuhi janji jenama dengan memberikan bukan sahaja perkhidmatan terbaik, malah pengalaman yang unik kepada setiap pemilik kenderaan smart.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambah beliau, lebih ramai rakan kongsi sedang dalam pertimbangan, termasuk syarikat yang berpengkalan di Pantai Timur, di mana PRO-NET merancang untuk memperkenalkan jenama smart pada tahun hadapan.

Pusat sehenti smart atau smart Space akan dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan dan jualan, termasuk perkhidmatan baik-pulih dan pengecasan pantas serta pusat penghantaran.

Selain itu, sebuah aplikasi pintar telah direka yang menawarkan perkhidmatan dalam talian, akses kepada maklumat produk, pilihan membuat pesanan dan pembayaran, juga akses mudah kepada peta pengecasan EV serta kemudahan pengecasan DC.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply