ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penganalisis ramal harga RON95, diesel mungkin naik berperingkat akhir tahun ini

Berita Tempatan

Views

Siling subsidi untuk RON95 dan diesel, yang kini ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, mungkin tertakluk kepada semakan dan berpotensi meningkat secara beransur-ansur kemudiannya pada akhir tahun ini.

Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah kira-kira RM3.22 seliter jika tanpa subsidi petrol berbanding RM2.05 seliter ketika ini.

Selain itu, pihaknya menganggarkan bahawa penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45 hingga 0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan, dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat.

Katanya, kabinet sudah berbincang isu subsidi bersasar RON95 dan diesel yang akan dilaksanakan tahun depan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) sudah dimaklumkan dan segera meneliti semua data daripada pelbagai agensi kerajaan supaya dapat disepadukan dengan sistem PADU yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Ia bagi selaras semua data pelbagai agensi kerajaan yang ada. Apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan ia benar-benar tepat sasarannya, tiada ketirisan. Itu yang kita harapkan,” katanya baru-baru ini.

Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 3.3 peratus pada April 2023 berbanding 3.4 peratus pada Mac 2023, sejajar dengan jangkaan pasaran.

Manakala, kadar inflasi teras meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 3.6 peratus pada April berbanding 3.8 peratus pada Mac. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply