ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambar tular penumpang berhimpit sahih, tren asal alami masalah teknikal – KTMB

Tular

Views

Semalam tular gambar serta video yang memaparkan penumpang berhimpit-himpit dalam gerabak tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet. Kejadian tersebut amat ‘menyeramkan’ tatkala negara kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang sangat mementingkan penjarakan sosial serta mengelakkan diri dari berada di tempat yang sesak.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

MalaysiaGazette melaporkan, KTMB menerusi satu respon kepada warganet menerusi media sosial bertarikh semalam mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas kejadian tersebut. Kata KTMB, ia berlaku disebabkan set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihaknya telah gantikan dengan set tren 3 gerabak dan menyebabkan ruang menjadi terhad.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Tambah KTMB lagi, masalah tersebut telah dapat di atasi untuk tren yang berikutnya. Sebelum itu, ada pihak mendakwa kejadian tersebut tren milik Rapid KL namun syarikat berkenaan menafikannya dan menasihati pengguna media sosial supaya tidak mengaitkan mereka dengan berita palsu.

Jika benar perkara ini berlaku kepada tren KTMB, diharapkan ia tidak akan berulang lagi kerana ini boleh mencetuskan kluster baharu jika ada di kalangan penumpang menjadi pembawa virus tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala (mohon dijauhkan). Semoga pihak berwajib termasuklah Kementerian Pengangkutan tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply