ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas ekspres dan motosikal dilarang rentas negeri

Berita Tempatan

Views

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, perjalanan rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia akan bermul hari ini dikhususkan untuk mereka yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Harian Metro melaporkan, perkhidmatan bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, larangan itu sudah dimuktamadkan pihaknya sebelum ini.

Menurut beliau, kenderaan awam seperti bas dan motosikal tidak dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri. Bagi motosikal, adalah sukar untuk dikawal kerana tiada penjarakan sosial. Tambahnya, bagi perjalanan menerusi penerbangan pula dibenarkan untuk perjalanan di Semenanjung.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Namun, mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak pula perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Al Ishsal Ishak. Mengulas berhubung jumlah penumpang pada satu kenderaan ketika perjalanan rentas negeri, Huzir berkata, peraturan itu masih terhad kepada empat individu, namun ia bergantung kepada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply