ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli dalam tempoh moratorium

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media dari Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di laman Facebook rasminya sebentar tadi memaklumkan, Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung kepada saranan Kerajaan kepada industri terbabit mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah).

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut. Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing. Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply