ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia perkenal trak Elf dan Forward baharu – Mula masuki pasaran pada suku ketiga 2019

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia memperkenalkan barisan model dan varian bagi trak Elf dan Forward baharu yang akan mula dijual untuk pasaran tempatan pada suku ketiga 2019. Isuzu Elf bakal hadir dengan 19 pilihan varian yang merangkumi versi empat roda, enam roda, 4×4 dan Crew-Cab.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, dengan pilihan yang banyak ini, pelanggan atau pengendali trak boleh memilih trak Isuzu yang paling menepati keperluan operasi perniagaan mereka terus dari pengeluar.

Model trak ini turut ditawarkan dengan ciri “Smoother”, iaitu varian dengan Automated Manual Transmission (AMT) enam-kelajuan. Menawarkan manfaat penuh sistem transmisi automatik dengan daya tahan dan kos yang rendah seperti transmisi manual, “Smoother” memberikan banyak kelebihan, misalnya dengan cara mengelakkan kehilangan tenaga akibat penyusutan hidraulik.

“Smoother” berkenaan akan menetapkan kedudukan gear yang paling sesuai dalam keadaan pemanduan dari semasa ke semasa. Ini bagi memastikan putaran enjin (rpm) kekal dalam julat yang optimum dan seterusnya secara tidak langsung akan melanjutkan jangka hayat enjin dan sistem janaan kuasanya.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak

Model-model dengan ciri “Smoother” ini, juga turut dilengkapi ialah Mod ECONO yang boleh dipilih oleh pemandu untuk menukarkan rpm lebih rendah secara automatik, sekaligus memberikan lebih banyak penjimatan bahan api.

Walaupun harga model “Smoother” ini lebih tinggi, pemilik perniagaan akan menikmati kos operasi yang lebih rendah, selain mudah untuk dikendalikan. Bagi pemandu pula, ciri “Smoother” ini akan mengurangkan rasa letih ketika memandu, membolehkan mereka untuk memberikan tumpuan yang lebih baik sepanjang waktu kerja.

Enjin bagi model “Smoother” ini menepati piawaian Euro 3, membolehkan Elf menjadi trak yang bukan sahaja cekap, tetapi lebih mesra alam. Isuzu Malaysia turut memperkenalkan tiga varian Crew-Cab dalam barisan 2019 ini dan secara keseluruhannya ada empat model dalam segmen berkenaan.

Tidak seperti kenderaan Crew-Cab lain dengan pemasangan after-market yang cenderung menghadapi masalah pemasangan yang tidak kemas, jentera Crew-Cab Isuzu sebaliknya direka di pusat R&D Isuzu menggunakan teknologi terkini, dibina serta dipasangkan sepenuhnya di kilang Isuzu. Ia turut menepati piawaian ECE tertinggi serta dilindungi oleh jaminan penuh oleh Isuzu sendiri.

JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

Barisan trak Forward turut dipertingkatkan bagi versi 2019 dengan casis yang lebih kukuh dan prestasi lebih baik. Model FVR34 kini berkapasiti GVW sebanyak 19 tan, lebih tinggi berbanding kapasiti 18 tan ketika ini. Kapasiti muatan setiap kali perjalanan bukan sahaja dapat dimaksimumkan, malah dapat mengurangkan kos pengangkutan secara keseluruhan.

Selain itu, pengendalian mudah barisan trak Forward menjadikannya sangat sesuai untuk pengangkutan antara bandar. Kapasiti gandar depan juga telah dipertingkatkan kepada 7,500 kg, menyumbang kepada kapasiti muatan keseluruhan yang lebih baik. Model FVR300 dikuasakan oleh unit enjin 6HK-TC yang telah dikemaskini untuk menghasilkan kuasa sebanyak 300 PS dan 986 Nm tork.

Ia dipadankan dengan transmisi Eaton sembilan-kelajuan termasuk gear rendah “crawler”. Model popular FVR240 turut dikekalkan dalam barisan trak terbaru yang ditawarkan ini khusus untuk mereka yang memerlukan kapasiti kargo yang luas, tetapi untuk kegunaan jarak dekat, misalnya seperti perniagaan trak makanan atau untuk tujuan mengangkut perabot.

Barisan model FVR34 pula kini datang dengan brek udara penuh dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard. Naik taraf lain pada barisan trak Forward termasuk altenator dengan kapasiti yang lebih besar yang mampu memenuhi keperluan penggunaan kuasa peralatan elektrik ampere tinggi. Kesemua trak komersial Isuzu bagi tahun 2019 ini akan mula dipasarkan dan boleh didapati di semua 43 cawangan sah Isuzu seluruh negara pada suku ketiga 2019.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply