ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ganti inflator beg udara Takata – Honda Malaysia panggil balik 2,784 unit model Accord (1999) dan CR-V (2000)

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumkan untuk memanggil balik sebanyak 2,784 unit model keluaran tahun 1999 dan 2000 bagi menggantikan pengembung (inflator) beg udara pemandu Takata sebagai langkah berjaga-jaga. Ini adalah selaras dengan kempen panggilan semula Honda di peringkat global iaitu Non-Azide Driver Airbag Inflator (NADI).

Berikut adalah senarai model yang terlibat:

Model 

Accord 

Tahun PengeluaranUnit terlibat
1999 1,380
CR-V 2000 1,404

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Dalam masa yang sama Honda Malaysia turut menegaskan bahawa model penjualan semasa tidak terlibat dalam kempen ini dan mereka akan sentiasa telus dalam memastikan kawalan kualiti yang ketat demi keselamatan para pelanggan.

Kempen ini dijalankan bagi mengatasi kemungkinan inflator beg udara depan pemandu Takata mengalami tekanan dalaman yang berlebihan dan mungkin mengakibatkannya gagal untuk berfungsi dengan baik atau pecah. Namun setakat hari ini, tiada sebarang insiden mahupun kecederaan dilaporkan berhubung isu berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, yang merangkumi butiran lengkap penarikan semula produk tersebut. Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda dengan segera untuk membuat janji temu setelah menerima surat tersebut.

Selain itu, syarikat juga menggalakkan orang awam yang mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan yang memiliki model-model tersebut supaya memberitahu mereka untuk segera menghubungi Honda Malaysia bagi membuat penggantian beg udara. Tiada sebarang bayaran dikenakan berhubung penggantian inflator beg udara ini dan ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Stok alat ganti pula akan disediakan secara berperingkat-peringkat. Pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau productrecall.honda.com.my bagi menyemak status kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply