ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta ini bukan untuk EXCO – MB Kedah

Berita Tempatan

Views

Akhirnya terjawab sudah persoalan kami mengenai ‘isi panas’ ini sejak kelmarin. Setelah tularnya video yang menunjukkan deretan kereta-kereta baharu jenis Honda Accord dikatakan milik exco kerajaan negeri, semalam Kerajaan Negeri Kedah menafikan dakwaan tersebut.

Berita Harian melaporkan, pembelian 12 kereta jenis Honda Accord dan 11 Toyota Hilux adalah bagi kegunaan pelbagai jabatan kerajaan negeri. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata peruntukan pembelian kenderaan itu telah diluluskan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh menteri besar sebelum ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Ujarnya, kenderaan-kenderaan lama sudah tidak ekonomi untuk dibaiki kerana kos membaik pulihnya melebihi harga kenderaan itu dan tidak lagi sesuai digunakan untuk perjalanan jauh, jadi ia perlu dilupuskan. Tambah beliau, kereta yang dilupuskan ini milik pegawai daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Katanya lagi, ada juga kenderaan dibeli oleh ketua jabatan selepas pencen, jadi kenderaan itu perlu diganti selain pihaknya membeli pacuan empat roda untuk kegunaan operasi jabatan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK).

Beliau berkata demikian bagi mengulas video dan gambar tular dakwaan pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan EXCO Kedah sejak semalam. Mengulas lanjut Muhammad Sanusi, berkata urusan pembelian kenderaan baharu jabatan oleh Pegawai Kewangan negeri bermula sejak awal tahun namun tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Beliau berkata, secara kebetulannya, pembelian 23 kereta baharu dilakukan pada bulan ini ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah, sekali gus menyebabkan namanya menjadi sebutan. Jelasnya, pembelian kenderaan ini adalah secara pukal oleh Pegawai Kewangan Kedah dengan harga lebih rendah.

Selain itu, pembekal turut menawarkan pakej selepas jualan lebih baik iaitu penyelenggaraan percuma selama lima tahun yang mana harga dirahsiakan namun lebih rendah daripada harga semasa. Beliau sekali lagi menegaskan bawa kereta ini adalah untuk jabatan bukannya untuk exco sambil menambah, jadi apa yang tular adalah fitnah semata-mata dan mereka  tanggunglah dosa.

Muhammad Sanusi berkata, kesemua 23 kereta baharu sudah diserahkan kepada jabatan berkaitan semalam. Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman terhadap beberapa individu yang memfitnah dirinya termasuk berkaitan pembelian kereta baharu itu. Bagaimanapun, saya belum ada maklumat berkaitan bilangan individu akan disaman dan peguam saya akan senaraikan nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply