ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely acah model SUV FX11, bakal pengganti Bo Yue/Proton X70?

Berita Global

Views

Geely kini sedang mula mengacah warganet model SUV saiz sederhana terbaharu mereka yang dikenali dengan namakod FX11.

SUV berkenaan dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) yang turut dikongsi oleh beberapa model kenderaan bersaiz kecil dan kompak.

Media di China membuat spekulasi yang mengatakan FX11 adalah bakal pengganti kepada Bo Yue (Proton X70)

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ia bakal dijana oleh trenkuasa hibrid petrol-elektrik NordThor Hi-F, sistem yang sama menjana beberapa model Geely yang dilancarkan sebelum ini seperti L Thor Hi·X dan Xing Yue L Thor Hybrid.

Reka bentuk model ini diilhamkan daripada model konsep Vision Starburst. Lampu depannya disusun menegak yang disepadukan bersama bampar.

Kelihatan ada lima lampu membentuk jejalur LED putus-putus pada bahagian atas jeriji yang bersambung dengan lampu hadapan. Logo Geely juga berada di tengah-tengah jejalur lampu tersebut dan kelihatan bercahaya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Bentuk lampu belakangnya kelihatan futuristik dan rekaannya turut diadaptasikan dari model konsep Vision Starburst. Kabinnya juga kelihatan moden dengan stereng rekaan tiga-jejari dengan beberapa butang kawalan.

Pada jejari bahagian bawah stereng tersebut turut diukir dengan logo CMA. Kemasan tempat duduknya menggunaka reka corak jejalur dan ia berjaya menyuntik gaya mewah pada model tersebut.

Geely bakal menghasilkan SUV kompak ini di kilang pengeluaran Chunxiao yang terletak di Bandar Ningbo, Wilayah Zhejiang. Geely FX11 bakal membuat kemunculan sulungnya di Chengdu Auto Show yang akan bermula pada 26 Ogos nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply