ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Bin Yue tiba dahulu di Filipina – Dikenali dengan nama Coolray

Berita Tempatan

Views

Di kala peminat-peminat tegar Proton di Malaysia masih melihat kelibat model ujian SUV kompak yang dinanti-nanti, X50 dalam mod penyamaran, rupa-rupanya dalam diam-diam ia bakal mendarat di Filipina terlebih dahulu. Di negara tersebut, ia akan dijual di bawah jenama Geely dan dikenali dengan nama Coolray.

Coolray di Filipina adalah versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan diimport sepenuhnya (CBU) dari China tanpa perlu melakukan sebarang pengubahsuaian. Mungkin atas faktor inilah kita terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk ‘menikmati’ SUV kedua Proton ini yang perlu melalui proses penukaran ke pemanduan sebelah kanan (RHD) serta perubahan kosmetik terlebih dahulu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

SUV kompak ini akan diperkenalkan secara rasmi di Filipina pada suku keempat (Q4) tahun ini dan diedarkan oleh Sojitz Auto Philippines. Ia akan dijana oleh enjin petrol 1.5 liter tiga-silinder turbo berkuasa 177 kuasa kuda dengan 255 Nm daya kilas dan digandingkan bersama transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan.

Coolray turut dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti Bantuan Parkir Automatik (APA) dan juga kamera 360 darjah. Harga yang dianggarkan adalah kira-kira 1.2juta Peso (RM96k++) hingga 1.3 juta Peso (RM105k++) untuk varian paling tinggi.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Nampak kita terpaksa ‘menelan air liur’ lagi buat masa ini kerana X50 akan diperkenalkan pada tahun depan jika merujuk kepada cadangan model baharu Proton dari 2019 hingga 2023. Di China, tanda harga yang diletakkan pada model ini adalah di antara RM47,000-RM72,000 (78,800 Yuan-118,800 Yuan).

Jadi mengikut congakan kami, harga untuk pasaran Malaysia mungkin dianggarkan sekitar RM72,000-RM85,000. Jika Proton boleh merendahkan lagi harga anggaran kami adalah lebih baik dan kami berharap akan ada perubahan lebih ketara dibuat pada model ini nanti, bukan hanya terhad kepada penukaran jeriji seperti X70. Kalau tak memang ‘buang masa je’ balut unit ujian yang ada dengan koyok berceloreng, betul tak?

* Kalau Proton ada cadangan nama lain untuk X50, kami cadangkan Matcool… Matcool, Matcool, kawanku, mari kita ikut…. Matcool!!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wheels Philippines, TopGear Philippines dan Streettalkph: Anything with wheels on the road.

Geely BinYue di China

 

Foto intipan Proton X50

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply