ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia siar iklan acah tulisan model GSX-R

Berita Tempatan

Views

Semalam kami ada menyiarkan artikel mengenai Suzuki Malaysia yang mengumumkan mereka akan kembali ke pasaran Malaysia setelah menutup operasi mereka lebih sebulan lalu menerusi laman Facebook rasminya. Semalam mereka sekali lagi mengusik warganet dengan menyiarkan iklan acah yang menunjukkan imbasan bayang tulisan GSX-R.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Ia memberikan pelbagai persoalan daripada para pengikut laman Facebook mereka. Ada yang berharap agar Suzuki Malaysia akan memperkenalkan model GSX-R150 atau GSX-R250, namun jika dilihat pada gambar muka depan profil Facebook mereka, kelihatan kelibat model GSX-R1000R Edisi Terhad Ulang Tahun ke-100 syarikat tersebut.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Adakah model itu akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat? Mungkin ia bukan model yang diacah oleh Suzuki Malaysia dan boleh jadi juga model tersebut yang bakal dilancarkan nanti. Model Edisi Terhad itu tampil dengan liveri tradisi biru dan perak yang memberi penghormatan kepada jentera lumba Grand Prix Suzuki pada era awal 1960an.

Apa pun kita nantikan pengumuman berikutnya daripada Suzuki Malaysia dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Suzuki GSX-R1000R Edisi Terhad 100 Tahun

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply