ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Sedan hibrid Geely Galaxy L6 dikesan tanpa sebarang pelitup penyamaran, ada potensi ke jadi model NEV Proton?

Foto Intip

Views

Moden sedan hibrid Geely Galaxy L6 telah dikesan tanpa sebarang pelitup penyamaran di China. Galaxy L6 akan diposisikan sebagai sedan hibrid dan bakal berentap dengan BYD Qin Plus DM-i.

Galaxy (银河) merupakan jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) dari Geely yang akan mengeluarkan model kenderaan elektrik dan hibrid plug-in (PHEV) dalam segmen pasaran sederhana hingga mewah.

Geely Galaxy dijangka memperkenalkan tujuh model kenderaan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang yang dibangunkan dari seni bina elektrik pintar.

Empat model terawal merupakan hibrid siri L yang terdiri daripada model SUV Galaxy L7, sedan Galaxy L6 dan SUV Galaxy L5. Galaxy L6 bakal dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini di China.

Baki tiga lagi model selain daripada ’empat sekawan’ hibrid ini merupakan model elektrik sepenuhnya dari siri E. Model sulung dari siri E ini dikenali sebagai E8 dan akan diperkenalkan pada suku keempat (Q4) tahun ini.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dari segi reka bentuk, Galaxy L6 menampilkan wajah yang ‘sedikit matang’ dengan lampu hadapan yang nipis. Salur udara di bahagian jerijinya pula terletak di bahagian bawah bampar.

Pada pandangan sisi, beberapa elemen rekaan dapat dilihat dengan ketara seperti pemegang pintu ‘tersembunyi’ dan jejalur saduran-krom di bahagian penjuru tingkap. Rekaan belakangnya pula menampilkan gaya ‘fastback‘.

Galaxy L6 dijangka berkongsi rangkaian kuasa yang sama dengan Galaxy L7, iaitu NordThor Hybrid 8848 yang menggandingkan enjin petrol 1.5 liter turbocas, transmisi 3-kelajuan DHT dan dwi motor elektrik P1+P2 dengan kombinasi kuasa 287 kW.

Kombinasi kuasa bagi versi ‘adi prestasi’ (super performance) pula, mampu mencecah 488 kW. Geely mendakwa NordThor Hybrid 8848 disasarkan untuk menyaingi teknologi hibrid DM BYD dengan kecekapan haba enjin 44.26 peratus.

Ruang dalamannya pula menampilkan rekaan warna dwi-rona gabungan kuning air (beige) dan hitam. Ia dilengkapi dengan skrin kawalan menegak di tengah yang bersaiz besar dan stereng empat jejari rata di bahagian bawah.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Konsol tengahnya pula mempunyai tiga ruang penyimpanan. Sistem operasi kereta ini bakal menggunakan Geely Galaxy Air OS.

Adakah model Geely Galaxy ini akan dijenamakan semula sebagai Proton pada masa akan datang? Kebarangkalian itu ada, memandangkan Proton merancang untuk memperkenalkan model EV tempatan pertama seawal 2025.

Galaxy L7

Proton juga baru-baru mula melangkah ke pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) menerusi pelancaran model SUV ‘hibrid sederhana’ tiga baris-tempat duduk, X90.

X90 dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi bersama dengan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V yang merangkumi enam komponen utama, termasuklah motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan varian dan dua pilihan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk dengan harga bermula dari RM123,800 untuk varian Standard hingga RM152,800 untuk varian Flagship.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sina

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply