ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely perlihat foto rasmi Xingrui L HEV sedan di China – Boleh jadi Proton S70 tak ni?

Berita Global

Views

Inilah dia Geely Xingrui L yang merupakan versi HEV untuk model sedan Xingrui atau Preface. Di pasaran pada ketika ini, Xingrui ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi enjin, iaitu 1.5TD and 2.0TD.

Julat harganya bermula dari 108,700 yuan (RM69,933) hingga 145,700 yuan (RM93,737). Dijangka untuk versi Xingrui L, tanda harganya mungkin sekitar 120,000 yuan (RM77,315).

Xingrui merupakan sedan saiz-sederhana yang dibina berasaskan pelantar CMA. Menurut Geely, abjad “L” pada Xingrui L membawa maksud “Luxury, Liberate, Liquid, and Less“.

Jika dibandingkan dengan model terkini, panjang dan juga lebar Xingrui L mengalami sedikit pertambahan, namun jarak antara gandar rodanya masih kekal.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dari segi dimensi ia berukuran 4,825mm panjang, 1,880mm lebar, 1,469mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 2,800mm.

Penampilan Xingrui L masih lagi banyak mengekalkan bantuk sedia ada dengan sedikit perubahan. Jeriji hadapannya masih terus menggunakan jejalur krom menegak, namun bilangannya telah dikurangkan.

Logo Geely pada jeriji telah dikemas kini kepada versi latar belakang putih, manakala di belakang ia mengguna pakai rekaan lampu belakang jenis lutsinar.

Ruang dalamannya menampilkan skema dwitona yang menggabungkan putih dan ungu. Rekaan papan pemuka masih kekal minimalis dengan panel instrumen jenis LCD penuh bersaiz 10.25-inci, stereng empat-jejari rata di bahagian bawah, bolong pendingin hawa tersembunyi dan skrin kawalan di tengah menegak.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kebanyakan fungsi butang fizikal asal telah pun dipindahkan ke bahagian skrin kawalan di tengah. Rangkaian kuasa HEVnya menggabungkan motor elektrik dan enjin 1.5T (BHE15-BFZ) yang turut digunakan pada model SUV, Galaxy L7.

Ia mampu menjana kuasa maksimum 120 kW dan 255 Nm daya kilas, menurut MIIT China. Selain itu, ia tidak menyokong pengecasan, jadi ini bermakna ia bukanlah sistem hibrid plug-in.

Buat masa ini, perincian spesifikasi lain dan juga parameter prestasi masih tidak didedahkan. Bermula dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 69,451 unit Xingrui telah berjaya dijual.

Untuk bulan Ogos sahaja ia telah berjaya terjual sebanyak 10,345 unit dan berjaya menduduki tangga ke-11 carta jualan sedan bulanan dan ke-15 dalam kategori jualan terkumpul.

Adakah model Xingrui L HEV sesuai menjadi model pengganti Proton Perdana atau S70 pada masa akan datang? Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply