ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely sedang berunding untuk membeli kepentingan Aston Martin

Berita Global

Views

Pengeluar kereta British, Aston Martin kini dilaporkan sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang berpotensi berikutan isu kebimbangan penurunan keuntungan dan salah satu daripada pelabur tersebut adalah pengeluar dari China, iaitu Geely. Menurut Financial Times, Geely berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat kereta tersebut dan telah mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan dan pelabur Aston Martin.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Baru-baru ini Aston Martin telah mengumumkan keuntungan mereka untuk tahun 2019 yang dijangka hampir separuh daripada apa yang telah berjaya dicapai pada tahun sebelumnya, berpunca daripada kelemahan pasaran di Eropah. Syarikat itu juga menjangkakan model SUV terbaharu mereka, DBX akan membawa syarikat ke landasan yang betul, dan setakat ini mereka telah menerima sebanyak 1,800 unit tempahan, jauh lebih baik berbanding model sebelumnya.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Dalam sesi wawancara terdahulu, CEO Aston Martin Andy Palmer berkata yang beliau sangat yakin model DBX akan membawa bukan sahaja pelanggan baharu kepada jenama tersebut malah ia bakal menjadi model terlaris syarikat sepanjang zaman. Palmer menjangkakan syarikat itu akan berjaya menjual sekitar 4,000 hingga 5,000 unit DBX setahun.

Selain itu, Aston Martin juga melihat harga sahamnya kini semakin menjunam, dengan harga semasa sekitar £4.50 (RM23.97). Syarikat tersebut mula masuk ke pasaran saham pada akhir tahun 2018 dengan harga £19 (RM101). Geely, yang ketika ini memiliki beberapa jenama seperti Volvo, Polestar, Lync & Co, Lotus, London EV Company dan ketika ini merupakan pemegang saham terbesar dalam Daimler dengan 9.69 peratus pegangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply