ARKIB

KATEGORI

Buletin

Van bawa pemain badminton kemalangan – Pemandu maut, Kento Momota dan yang lain cedera

Berita Tempatan

Views

Juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 dan pemain nombor satu dunia Kento Momota dilaporkan cedera dalam apabila van yang dinaikinya bersama empat pemain badminton lain merempuh belakang sebuah lori di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Menurut Bernama, pemandu van tersebut Bavan a/l Nageswarau maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala keempat-empat penumpang termasuk Momota, cedera ringan. Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, van tersebut yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata selain Momota, mereka yang cedera adalah Hirayama Yu; Morimoto Arkifuki serta pemain badminton England, William Thomas. Kata beliau, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Tambah beliau, 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.57 pagi. Semalam, Momota dari Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 selepas menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark di Axiata Arena.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply