ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang motosikal dalam ‘video tular’ diberkas polis

Berita Tempatan

Views

Malam tadi kami ada menyiarkan artikel mengenai kenyataan media ringkas yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia berhubung dengan video tular yang memaparkan pegawai jabatan berkenaan seolah-olah memukul seorang penunggang semasa bertugas.

Harian Metro melaporkan, penunggang motosikal dalam video tular itu telah diberkas polis semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek warga Indonesia berusia 20 tahun, dilaporkan menghalang tugas penjawat awam dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu–Sandakan. Jelas beliau, sebelum kejadian sepasukan anggota JPJ menjalankan sekatan jalan raya di lokasi itu dan sepasukan lagi menaiki kenderaan JPJ untuk memeriksa kenderaan yang berhenti sebelum sekatan.

Apabila pemeriksaan dijalankan di lokasi sebelum sekatan, seorang penunggang motosikal berhenti dan anggota JPJ mengarahkan penunggang itu meneruskan perjalanan ke arah sekatan terbabit. Namun, penunggang motosikal berpatah balik dengan niat melarikan diri dari sekatan dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Laporan turut mendakwa, tayar motosikal bergesel dengan bahagian hadapan kenderaan JPJ menyebabkan motosikal terbabas ke parit tepi jalan raya. Nasri berkata, penunggang bersikap agresif dan enggan berhenti menyebabkan angggota JPJ melompat ke arah penunggang motosikal.

Tambah beliau, cubaan anggota JPJ melompat ke arah penunggang motosikal itu tidak mengenai penunggang terbabit lalu anggota itu tergelincir di tepi longkang. Walaubagaimanapun, anggota JPJ terbabit berjaya menahan lelaki itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut sebelum penunggang diberkas polis.

Siasatan kes initu masih diteruskan mengikut Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen. Menurut Nasri, pihaknya juga masih meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply