ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ke-10 Honda Accord dilancarkan – Enjin 1.5L VTEC Turbo, dua varian sahaja

Berita Tempatan

Views

Selain Civic facelift, Honda Malaysia turut memperkenalkan Accord generasi ke-10 serba baharu hari ini. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, model Accord sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Sehingga kini, lebih daripada 84,100 unit Accord berada di jalan raya di Malaysia. Setiap generasi Accord meneruskan kejayaannya dengan meletakkan tanda aras yang lebih tinggi dalam aspek gaya, teknologi dan ciri-ciri canggih dalam sedan eksekutif. Accord serba baharu ini tampil dengan prestasi dinamik, gaya dan rekaan premium.

Penampilan keseluruhannya mempunyai rekaan yang lebih luas, bumbung yang lebih rendah dan hud yang lebih panjang bersama jeriji depan krom berkembar identiti Honda, lampu hadapan dan belakang jenis LED. Melengkapkan penampilan bahagian luar maskulin Accord serba baharu ini ialah rim aloi 18-inci dengan Resonator, yang direka khas bagi mengurangkan bunyi tayar dengan menggunakan resonator ke roda.

Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged dan ia sekali gus menjadikan Honda pengeluar kereta Jepun pertama yang membawa enjin pengecas turbo kepada segmen D. Enjin ini mampu menjana kuasa sebanyak 201PS dan daya kilas maksimum sebanyak 260Nm, jauh lebih berkuasa berbanding prestasi enjin 2.4L.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Accord serba baharu juga merupakan model Honda terbaharu yang menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Sedan eksekutif ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5L VTEC Turbocharged (TC) dan 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TC-P).

Dari segi dimensi, jarak antara gandarnya telah bertambah sebanyak 55 mm, ini bermakna ruang kaki belakang kini lebih luas dengan tambahan 48 mm. Kemasan ruang dalamnya berada pada kelas tersendiri dengan penggunaan kulit untuk tempat duduk. Model ini dilengkapi dengan tempat duduk kuasa dengan 4 larasan untuk penumpang dengan butang boleh laras dan pengecas nirwayar yang terletak di bahagian tengah konsol.

Antara ciri-ciri baharu yang terdapat pada model ini adalah Memori Tempat Duduk Pemandu, Monitor Perhatian Pemandu, ‘Walk Away Auto Lock’ dan juga Penghidup Enjin Kawalan Jauh. Panel instrumen dan panel hiasan model ini dilengkapi dengan paparan skrin berukuran 8-inci di bahagian tengah konsol, dan paparan kluster meter (TFT) interaktif berukuran 7-inci.

Honda Malaysia memberi penekanan kualiti pembuatan dari segi Bunyi, Getaran dan Kekasaran (Noise, Vibration and Harshness) bagi memaksimumkan keselesaan dan suasana perjalanan yang lebih baik. Accord serba baharu mengadaptasi pateri laser (Laser Brazing) untuk sambungan panel tepi bingkai-bumbung, menjadikannya lebih kemas dan canggih.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Buih sembur (Spray Foam) digunakan untuk menyediakan penebat bunyi tambahan dan meningkatkan kesenyapan kabin. Penggunaan pelekat berprestasi tinggi juga menambah baik struktur dan ketegaran fizikal kereta untuk ketahanan yang lebih baik. Ia juga mengurangkan bunyi dan getaran, pada masa yang sama menambah baik keselesaan perjalanan dan pemanduan. Model ini turut menerima penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP dengan menawarkan teknologi keselamatan yang paling komprehensif dalam kelas sedan.

Accord generasi ke-10 ini merupakan satu-satunya model di dalam kelasnya yang mempunyai set lengkap Honda SENSING yang terdiri daripada semua lapan ciri iaitu Kawalan Pemanduan Adaptif, Sistem Mengikuti Kenderaan, Lampu Tinggi Auto, Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan, Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Sistem Mitigasi Terbabas dan Amaran Keluar Lorong.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek dan teknologi keselamatan tambahan yang baharu seperti Sistem Kamera Pelbagai Pandangan (Kamera 360°) dan Pemantau Lintasan Trafik (CTM). Satu lagi ciri baharu model sedan premium ini adalah Brek Parkir Elektrik dengan Bantuan Brek dan tidak dilupakan, sistem Honda LaneWatch.

Sedan ini hadir dengan ciri-ciri keselamatan standard merangkumi 6 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sensor parkir depan dan belakang dengan kamera belakang pelbagai sudut, dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.

Model-model baharu ini didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Perak (Silver Metallic Lunar), Kelabu (Metallic Steel Modern) dan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl). Dengan jangkaan penanda aras untuk segmen D, Honda Malaysia yakin dapat menjual sebanyak 200 unit Accord serba baharu sebulan.

Berikut adalah senarai varian dan harga Accord serba baharu:

  • Varian 1.5 TC – RM185,900
  • Varian 1.5 TC-P – RM195,900

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Accord 2020

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply