ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cari dan banding harga tol menerusi Waze

Berita Tempatan

Views

Nak cari dan banding harga tol? Hari ini Waze melancarkan ciri Harga Tol di Malaysia, yang membolehkan pengguna mencari dan membandingkan harga tol ketika mereka memandu di sepanjang jalan bertol. Ciri ini akan membantu para pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol, membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA agar mereka dapat membuat pilihan yang paling sesuai.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton</a

Ciri yang direka khas buat para pengguna jalan bertol ini berjaya dilaksanakan hasil usaha bulanan komuniti sukarelawan Waze yang terdiri dari lebih 30,000 editor peta yang aktif. Enam sukarelawan dari komuniti Waze Malaysia yang telah memainkan peranan dalam perkara ini adalah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar. Mereka telah membantu mengumpul dan memasukkan segala maklumat mengenai harga tol.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Menurut Pengurus Produk Waze, Moriah Royz, mereka berasa teruja untuk memperkenalkan Harga Tol ke Malaysia. Di atas usaha luar biasa komuniti sukarelawan, mereka telah berjaya merealisasikan salah satu ciri yang paling kerap diminta di Waze. Selain berusaha untuk mengurangkan masa perjalanan anda, kini mereka juga membantu para penggunamenjimatkan perbelanjaan dengan sebaik mungkin dengan menyediakan pilihan rangkaian perjalanan yang paling sesuai, berdasarkan gabungan ETA dan harga tol di sepanjang perjalanan.

Ciri ini, yang boleh digunakan pada lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi), tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda Tol dalam perjalanan jika ia melibatkan jalan bertol. Para pemandu yang mempunyai pas tol juga boleh membuat pilihan ini di dalam aplikasi Waze, yang akan sedia diambil kira ketika data perjalanan sedang dijana.

Untuk maklumat lanjut, atau untuk memuat turun aplikasi Waze, layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply