KIA Motors Korea telah mula mengusik warganet dengan menyiarkan beberapa lakaran rasmi sedan saiz sederhana K5 serba baharu yang mana di Amerika Syarikat ia bakal dikenali sebagai Optima 2021. Bakal dilancarkan pada bulan Disember, generasi ketiga KIA K5 akan tampil dengan rekaan serba baharu sepenuhnya, sama seperti yang boleh dilihat pada lakaran tersebut.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Menurut KIA, K5 serba baharu kini telah berevolusi dari sebuah sedan kepada fastback dengan gaya rekaan yang futuristik. Paling ketara adalah perubahan pada rekaan hadapan yang berwajah baharu dengan reka bentuk lampu yang aggresif bersambung dengan jeriji ‘hidung harimau’ gaya baharu.
KIA menggelarkannya sebagai “Muka Harimau” dan berkata unsur ini menunjukkan hala tuju reka bentuk generasi masa depan jenama tersebut dan ia akan diaplikasikan kepada semua model akan datang. Rekaan lampu depan dan belakang “berbentuk seakan denyutan jantung” dan ia sangat ketara di bahagian depan kerana lampu siang (DRL) mengikut bentuk lampu hadapan yang kelihatan agak pelik.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
Di belakang, kita boleh melihat susunan lampu jenis LED yang bersambung membentuk jalur garisan putus-putus yang sangat unik. Selain itu, bentuk pada bahagian tiang-C juga nampak pelik kerana ia direntaskan dengan satu jalur krom tebal yang merayap ke but belakang seolah-olah memegang cermin belakang. Ia mungkin sekadar lakaran dan mungkin versi sebenar nanti akan kelihatan lebih konvensional.
Ke bahagian kabin, KIA berkata mereka menawarkan ruang yang luas dan keterbukaan. Rekaan papan pemukanya menampilkan panel instrumen digital sepenuhnya bersebelahan dengan paparan skrin tengah yang lebar menghadap ke arah pemandu. Sistem AVN (Navigasi Audio Video)nya pula dikatakan bakal menawarkan kualiti imej futuristik menerusi skrin utama tiga-dimensi. Generasi ketiga K5 bakal membuat debut global pertamanya di Korea pada bulan Disember sebelum dilancarkan di Amerika Utara tahun depan sebagai Optima 2021.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
KOMEN TERKINI