ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sunway perkenal sistem parkir pintar tanpa tunai dan tiket

Berita Tempatan

Views

Semalam Sunway telah mengadakan sesi pratonton media bagi Sunway Smart Parking (Parkir Pintar Sunway) iaitu sistem pengecaman plat lesen menyeluruh yang terbesar, merangkumi pelbagai rakan kongsi dompet elektronik (e-dompet) termasuklah GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N ‘Go Digital, dan Maybank QR bersama rakan kongsi kredit iaitu MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.

Parkir tanpa tunai dan tiket ini merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk memudahkan para pengunjung dan inisiatif ini juga dapat mengurangkan jejak karbon para pengunjung dan langkah ini dilancarkan terlebih dahulu di pusat beli-belah.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Inisiatif tersebut adalah sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah & Taman Tema Sunway, HC Chan berkata, menerusi teknologi revolusioner ini pihaknya ingin terus membawakan pengalaman membeli-belah baharu yang lancar dan menyeronokkan kepada pengunjung dengan kemudahan yang lebih baik tanpa sebarang kerumitan.

Sunway Smart Parking akan dilaksanakan dalam kawasan Bandar Sunway, yang merangkumi Sunway Pyramid, Hotel-Hotel Sunway dan Menara Sunway. Sistem ini merupakan sistem parkir pintar pertama yang hadir dengan pelbagai pilihan pembayaran e-dompet untuk memberi lebih kemudahan buat pemandu. Buat masa sekarang, sistem ini tersedia secara dalam talian bagi pemegang pas bulanan parkir dan akan dilancarkan kepada orang ramai pada suku pertama tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Dengan sistem pintar ini, pemandu tidak perlu mendapatkan dan membayar menggunakan tiket parkir apabila mereka masuk dan keluar daripada prasarana Sunway. Sebaliknya, mereka hanya perlu mendaftarkan nombor plat kereta mereka di portal Sunway Parking. Setelah mendaftar, mereka harus memastikan bahawa plat kereta mereka dihubungkan dengan e-dompet yang terlibat untuk membuat pembayaran, seterusnya membolehkan mereka masuk dan keluar dari prasarana Sunway tanpa sebarang masalah.

Apabila pengunjung yang berdaftar dengan sistem memasuki prasarana, plat kereta mereka akan diimbas oleh sistem pengecaman plat lesen. Apabila plat lesen telah dikenalpasti, palang akan terangkat secara automatik dan mereka boleh meneruskan perjalanan mereka.

Bagi pengunjung yang tidak menggunakan e-dompet atau tidak mempunyai akses internet, mereka boleh memilih untuk membayar menggunakan kad Touch ‘n’ Go atau melalui sistem pembayaran automatik untuk tempoh tertentu bagi memberi ruang kepada masa penyesuaian. Manakala, pengunjung yang mendaftarkan nombor plat kereta mereka semasa tempoh pra-pendaftaran berpeluang untuk menikmati satu kali parkir percuma apabila dibuka kepada orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply