ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketujuh Elantra dilancar secara maya – Satu varian sahaja, harga dari RM158,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan model generasi ketujuh Elantra secara maya tengah hari tadi. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan ini hanya ditawarkan dalam satu varian dengan harga bermula dari RM158,888 termasuk pengecualian cukai jualan hingga 31 Disember 2020.

Elantra 2021 turut ditawarkan dengan waranti selama lima tahun/300,000 km dan servis percuma bagi 50,000 km. Ia ditawarkan dengan empat warna pilihan iaitu Polar White, Intense Blue, Amazon Grey dan Electric Shadow. Elantra baharu dikuasakan oleh enjin aspirasi normal (NA) 1.6 liter Smartstream empat-silinder petrol yang menghasilkan 121 kuasa kuda dan 154 Nm daya kilas pada 4,500 rpm.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi Smartstream IVT lapan-kelajuan. Kombinasi ini dikatakan mampu menjimatkan bahan api sekitar 4.2 peratus dan mengurangkan kehilangan kuasa dari enjin sehingga 8 peratus. Selain itu, model ini dilengkapi dengan empat mod pemanduan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort.

Dari segi penampilan, gaya reka bentuk sedan segmen-C agak radikal dengan reka bentuk bertemakan Sensous Sportiness yang disuntik elemen Parametric Dynamic yang seakan membuatkan lekuk badan kereta ini seolah-olah ‘lipatan origami’. Ia turut menampilkan rekaan lampu depan yang agak unik serta kemasan jeriji yang seakan potongan batu permata.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dari segi dimensi, Elantra 2021 berukuran 4,675 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,430 mm tinggi dengan jarak antara gandar 1,245 mm. Kapasiti bagi ruang bagasinya juga agak besar, iaitu 474 liter. Di bahagian kabin pula, ia tampil dengan gaya mewah dan moden.

Susun atur papan pemuka cukup kemas dengan menampilkan paparan digital bersaiz 10.25 inci beserta unit infohiburan bersaiz 10.25 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk kemasan dalaman, HSDM menawarkan pilihan dua warna berbeza bagi upholsteri dalaman, iaitu warna hitam standard dan warna kelabu cerah.

Dari aspek keselamatan, Elantra 2021 dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini yang dikenali sebagai Hyundai Smart Sense yang merangkumi Bantuan Hindar Perlanggaran Berhadapan (FCA), Pemantauan Titik Buta (BCA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC), Bantuan Hindar Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dan Bantuan Kekal Lorong (LFA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply