ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sejuta unit Geely Bo Yue telah terjual di pasaran global

Berita Global

Views

Model SUV yang telah dinobatkan sebagai ‘SUV Tercantik’ semasa ia mula diperkenalkan di China pada 2016, Geely Bo Yue kini sudah terjual sebanyak satu juta unit di pasaran global. Ia kini berada di 17 buah negara, antaranya Rusia, Eropah Timur, Amerika Selatan, Afrika dan Asia Tenggara, termasuklah di negara kita, Malaysia.

Bo Yue merupakan model pertama di pasaran China yang dilengkapi dengan ketersambungan pintar yang membolehkan penggunanya berinteraksi secara kawalan jauh dengan SUV tersebut dengan mengajukan soalan dan menggunakan arahan suara dengan menyebut “Nihao Boyue” sebagai contoh. Ia kemudiannya telah menjadi salah satu ciri yang sering diguna pakai hingga kini.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Apabila Geely Auto dan Proton memeterai perjanjian usahasama pada 2017, Bo Yue telah menjadi salah satu model yang akan dibangunkan dan dengan itu maka lahirlah Proton X70. “Nihao Bo Yue” telah ditukar kepada “Hi Proton” dan ia sekali lagi mencipta fenomena sekaligus membantu pengeluar kereta nasional itu berubah ke arah jenama yang berteraskan teknologi di Malaysia, bahkan juga di pasaran ASEAN.

Sejak ia dilancarkan lebih tiga tahun lalu, jualan model ini berjaya mencatatkan purata 20,000 unit sebulan tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyusutan di pasaran China mahupun di peringkat global. Di China, model berenjin 1.8T itu telah dipertingkatkan menjadi Bo Yue Pro, yang turut dikenali sebagai Azkarra.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Model yang dipertingkatkan ini turut menawarkan versi hibrid yang menggunakan enjin 1.5T dan gandar belakang berkuasa elektrik bagi menjadikannya pacuan semua roda (AWD) di samping menjana kuasa tambahan.

Sempena meraikan sejuta unit Bo Yue, versi ‘Million Model’ telah dihasilkan untuk tempoh masa yang terhad dengan enjin 1.8T dengan output 184 kuasa kuda. Meskipun Bo Yue dilahirkan sebagai SUV domestik China, kejayaannya di luar negara ‘Tembok Besar’ itu telah menjadikannya salah satu jenama yang terkemuka di peringkat global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply