ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Tak sisih bakat pelumba tempatan – Petronas SRT

Sukan Permotoran

Views

Harian Metro melaporkan, pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan.

Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun dia gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.

Beliau sedar dan tahu ramai warganet mengecam keputusannya untuk tidak menyambung kontrak Khairul Idham Pawi. Kata beliau, pasukan menurunkannya ke Moto3 (dari Moto2) atas faktor kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya pelumba itu boleh melakukan yang terbaik.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Razlan berkata, pada awalnya pasukan menyasarkan kedudukan 15 terbaik atau cuba mengutip mata pada setiap perlumbaan, namun Khairul Idham cedera dan apabila beliau sembuh, mereka memberinya masa untuk meraih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya.

Pasukan telah mengarahkannya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, namun sasaran itu juga tidak mampu dicapai. Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Katanya, pasukan tersebut ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Jadi pihaknya tidak mahu sekadar meletakkan pelumba Malaysia, namun akhirnya menjadi seperti Khairul Idham.

Tambah beliau, warganet meminta pasukan meletakkan pelumba Malaysia tetapi jika pelumba itu gagal, pihak pasukan pula yang akan terima kecaman. Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.

Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.

Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply