ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gentari meterai MoU dengan Tata Motors- Hantar 5,000 unit trak Tata Ace EV dalam tempoh tiga tahun

Berita Global

Views

Gentari, melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pengeluar kenderaan komersil terbesar di India, Tata Motors.

Menerusi MoU tersebut, Gentari akan menghantar 5,000 unit trak komersial elektrik tercanggih di India, Tata Ace EV dalam tempoh tiga tahun.

MoU itu merangkumi penghantaran 1,000 unit pada tahun pertama ke beberapa bandar utama di negara tersebut seperti Delhi, Bengaluru, Hyderabad, Pune dan Kolkata.

Majlis penyerahan kenderaan telah berlangsung di Ekspo Bandar Pintar India ke-8 baru-baru ini sebagai simbolik bagi menandakan penghantaran kumpulan pertama 100 unit trak sepanjang bulan Mac dan April.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Gentari mengembangkan lagi penawaran Vehicle-as-a-Service (VaaS) menerusi MoU dengan MoEVing Urban Technology Private Limited (MoEVing) bagi menyediakan 1,000 kenderaan kargo elektrik beroda tiga dan 500 beroda empat secara langganan.

Dalam perkembangan berasingan, Gentari turut bertukar dokumen MoU dengan syarikat logistik Gati KWE (Gati) untuk menyediakan 500 kenderaan kargo elektrik melalui tawaran VaaSnya.

Usaha mobiliti hijau Gentari di India telah mencapai kejayaan yang ketara, dengan tawaran VaaSnya telah mencatatkan tiga juta kilometer bersih.

Ini bersamaan dengan lebih daripada 100 tan pengurangan pelepasan karbon dioksida, melalui armada semasanya yang terdiri daripada kira-kira 1,000 EV tiga roda.

Pada 2023, Gentari menyasarkan untuk mengembangkan lagi armada EVnya kepada lebih 4,000 kenderaan merentasi 10 buah bandar menerusi kenderaan tiga dan empat roda.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Gentari turut menyasarkan untuk meningkatkan bilangan hab kepada 10 bandar pada 2023, berbanding hanya tujuh hab pengecasan yang beroperasi di empat bandar pada penghujung 2022, serta memperluaskan 162 titik pengecasan semasa yang digunakan pada 2022.

Menerusi Amplus Solar, portfolionya kini terdiri daripada lebih daripada 1.4 GW aset solar teragih yang membekalkan tenaga elektrik bersih kepada lebih 300 syarikat India dan multinasional, khususnya dalam sektor komersial dan perindustrian (C&I).

Loji tenaga boleh diperbaharui Amplus dijangka secara kumulatif mengurangkan 38.48 juta tan metrik karbon dioksida sepanjang hayat operasinya, bersamaan dengan 44.12 juta pokok matang menyerap karbon dioksida selama 40 tahun, meskipun membekalkan 33.32 bilion unit elektrik bersih untuk keperluan tempatan di India.

Rancangan Gentari di India melengkapkan aspirasi global 2030 syarikat dalam membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 30-40 GW, membekalkan sehingga 1.2 mtpa mtpa hidrogen bersih.

Gentari turut berhasrat untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan Asia Pasifik dengan menguasai 10 peratus bahagian pasaran (sekitar 25,000 mata pengecasan) merentas pasaran utama di rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply