ARKIB

KATEGORI

Buletin

George Russell ‘cetus inspirasi’ buat mahasiswa dalam sesi wawancara eksklusif bersama Petronas Lubricants International

Berita Tempatan

Views

Petronas Lubricants International semalam telah mengundang bintang Formula Satu (F1), George Russell, untuk sesi perkongsian eksklusif dengan para pelajar dari universiti awam dan swasta yang terkemuka di Malaysia.

Bertemakan ‘Success on the Fast Lane‘, ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk memberi inspirasi kepada bakal pemimpin generasi akan datang dengan pandangan serta pengalaman dunia sebenar.

Acara berlangsung di Pusat Kepimpinan Petronas (Kampus Baharu) di Bangi menyaksikan lebih 200 pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Mara, Taylor’s University dan Sunway University memenuhi Dewan 360 di pusat ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

George menerima sambutan yang hangat dan turut berkongsi pengalaman kehidupan seorang pemandu F1. Ini termasuklah pengalaman pembentukan diri yang dilalui oleh pelumba muda ini dalam industri yang mencabar dan penuh dengan tekanan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Fariss Idris, berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana mahasiswa dapat mendengar secara eksklusif tentang kehidupan dan pengalaman George Russell bagi memberi inspirasi, memotivasikan dan menggalakkan mereka supaya terus mengejar impian.

George Russell pula berkata, beliau amat teruja dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran yang telah diperolehinya dan berharap mereka mendapat inspirasi dalam mengejar cita-cita mereka

‘Success on the Fast Lane’ merupakan lanjutan kepada siri program yang dimulakan oleh Petronas Lubricants International pada tahun 2021 yang bertajuk ‘Shaping Industry-ready Graduates‘.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Siri ini diilhamkan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk menyertai industri automotif.

Pada tahun 2021, ia membawakan para profesional terkemuka dalam bidang automotif dengan pengalaman yang relevan bagi melengkapkan para pekerja profesional generasi akan datang dengan gambaran sebenar industri tersebut.

Petronas merupakan Penaja Utama dan Rakan Teknikal Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas, menyediakan bendalir dan bahan api yang direka khas, bahan api Petronas Primax, minyak enjin Syntium dan bendalir fungsi Tutela.

Teknologi pelincir ini telah digunakan oleh Petronas Fluid Technology Solutions™ untuk memacu pasukan tersebut merangkul lapan gelaran Kejuaraan Pengeluar dan tujuh kemenangan Kejuaraan Pemandu F1.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply