ARKIB

KATEGORI

Buletin

Go Auto pamer prototaip kenderaan peronda polis kepada Perdana Menteri

Berita Tempatan

Views

Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. Syarikat tersebut telah menerima surat niat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan 425 unit MPV kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira dan Waja yang sudah berusia secara berperingkat.

Setiap unit MPV akan dipakejkan bersama servis percuma selama lima tahun dan turut dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapkan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Penyediaan unit prototaip MPV ini merupakan satu usaha Go Auto sebagai langkah awal untuk mendapat kelulusan segera dan seterusnya menyempurnakan penghantaran kesemua 425 unit MPV. Go Auto mensasarkan 100 unit pertama akan dapat digunakan oleh PDRM menjelang APEC 2020.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM dalam jangka masa kurang dua bulan, manakala baki 325 unit akan menyusul dua bulan kemudian.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu keputusan terakhir dari Kementerian Kewangan bagi pembekalan tersebut. Jelas beliau, ini merupakan tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit kenderaan pacuan empat roda (4×4), pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih awal dari jadual.

Katanya lagi, Go Auto terlibat secara aktif dalam tender terbuka kerajaan dan swasta ketika ini kerana ia merupakan sebahagian cabang perniagaan (business diversification) dan fokus utama kepada Kenderaan Khas (Special Vehicle). Saingan dalam industri automotif masa kini memerlukan Go Auto bergerak lebih agresif dan kreatif supaya kekal berdaya saing di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply