ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

GP Malaysia: SIC masih tunggu ‘lampu hijau’

Sukan Permotoran

Views

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Oktober ini.

Harian Metro melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan pihak berkuasa selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022 yang bermula esok sehingga Ahad ini.

Beliau berkata ia, masih dalam peringkat permohonon dan berharap ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara tidak lama lagi.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Situasi pandemik Covid-19 menyebabkan perlumbaan MotoGP di litar ini dibatalkan buat dua tahun berturut-turut, iaitu bagi musim 2020 dan 2021.

Mengenai Ujian Musim Sejuk kali ini, Azhan berkata pihaknya telah pun bersedia untuk menganjurkan acara itu dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu.

Mengulas mengenai isu seorang pelumba MotoGP yang didakwa melanggar peraturan gelembung sukan di SIC, Azhan mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam ujian itu supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penganjur iaitu Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) serta Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelumba itu, selain berharap penganjur juga mengenakan tindakan sewajarnya.

Tegas beliau, pihaknya amat memandang serius isu ini kerana tidak mahu kredibiliti SIC terjejas akibat kesalahan dilakukan pelumba terlibat.

Sebuah portal antarabangsa (motorsport.com) melaporkan SIC mengeluarkan amaran kepada seorang pelumba selepas didakwa melanggar peraturan gelembung sukan dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, kira-kira 35 kilometer (km) dari litar berkenaan semalam.

Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian berkenaan hanya dibenarkan tinggal di sebuah hotel dan berulang-alik ke litar sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply