ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM pamer keupayaan teknologi elektrifikasi dan NEVnya di Auto Shanghai 2023

Berita Global

Views

Baru-baru ini, GWM telah memperkenalkan lima jenama utamanya , TANK, ORA, POER dan WEY di Auto Shanghai 2023 dan melancarkan rangkaian penuh model tenaga baharu.

GWM telah menjemput 300 rakan media dan pengedar dari lebih 60 negara dan wilayah untuk meraikan pengalaman pintar dan teknologi NEV di kawasan reruainya.

Naib Presiden dan Ketua Pasaran Antarabangsa GWM, Parker Shi berkata, transformasi GWM kepada tenaga baharu sedang giat dilaksanakan, dengan bergantung pada ekosistem hutan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Lebih daripada 15 kenderaan tenaga baharu telah diperkenalkan semasa Auto Shanghai 2023. Antaranya model SUV tenaga baharu sederhana HAVAL yang membuat debuat global pertamanya, iaitu Fierce Dragon MAX.

Ia merupakan model pertama yang dilengkapi dengan Hi4 (4WD Pintar Hibrid) dengan reka bentuk yang futuristik. Selain itu, trak pikap GWM POER 6×6 baharu turut dilancarkan bersama-sama dan dengan pikap hibrid berprestasi tinggi POER Shanhai PHEV/HEV.

TANK pula telah memperkanalkan dua NEV, TANK400 PHEV yang turut membuat debut sulung globalnya dan SUV tenaga baharu TANK500 PHEV.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain itu, TANK turut mempertontonkan beberapa teknologi tenaga baharu kenderaan pacuan empat roda dan keandalan produk dalam bentuk “situasi sebenar + interaksi maya” yang menerima pujian pihak media.

WEY pula melancarkan model MPV pertamanya iaitu Gaoshan PHEV yang membuat kemunculan sulung global. Jenama itu juga mempamerkan SUV elektrik enam-tempat duduk, Lanshan PHEV. ORA pula melancarkan dua model elektrik tulen.

GWM turut mempamerkan beberapa teknologi-teknologi penting seperti enjin V6 3.0T + platform 9HAT+P2, Hi4, pelantar TANK dan pelantar super ‘off-road‘ 6×6.

Tambah Parker Shi, GWM akan bergantung pada ekosistem hutan untuk mempercepatkan lelaran teknologi dan menaik taraf produk, serta menyediakan lebih banyak produk berkualiti tinggi dan tenaga baharu yang pintar kepada pelanggan globalnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply