ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lapar juadah raya, ‘Mat rempit’ serah diri keluar dari tempat persembunyian

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan mat rempit yang kelaparan dan merindukan juadah Aidilfitri terpaksa keluar daripada tempat persembunyian mereka di kawasan semak dan kebun kelapa sawit, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, kesemua ‘mat rempit’ berkenaan ditahan selepas mereka menyerah diri kepada polis di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, di sini.

Katanya, kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi, hari raya pertama Aidilfitri, semalam. Semasa operasi dijalankan, kebanyakan penunggang motosikal terbabit bertindak sembunyi ke dalam kawasan kebun sawit sekitar pukul 3 pagi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kebanyakan daripada mereka cuba untuk melarikan melalui ‘jalan tikus’ yang telah dikepung pihak polis. Akhirnya pada pukul 9 pagi, satu persatu ‘mat motosikal’ itu menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu untuk melarikan diri.

Mereka berkata tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas ditambah pula ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama.

Tambah beliau, sekumpulan ‘mat rempit’ itu ditahan dalam Op Selamat yang melibatkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dibantu cawangan unit peronda (MPV) serta cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Operasi khas selama 18 jam itu diketuai Inspektor Alexander Jeremy Jimy dari BSPT IPD Kulai bersama pegawai dan 13 anggota bermula pukul 11 malam, Jumaat sehingga 5 petang Sabtu.

Sebanyak 140 saman dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan lain.

39 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Kulai

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply