ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat aksi ‘wheelie’, dua remaja masih bersekolah ditahan

Berita Tempatan

Views

Usianya baru 13 tahun tetapi sudah berani menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan (wheelie) mengundang padah apabila mereka ditahan polis, di Jalan Pong Manis, semalam.

Aksi remaja itu bersama seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, operasi Op Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap berdasarkan aduan awam berkaitan aktiviti merempit pada setiap petang di kawasan itu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau berkata, hasil operasi itu, polis berjaya menahan dua remaja lelaki berkenaan di lokasi berkaitan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti merempit.

Jelas beliau, perbuatan mereka melakukan aksi mengangkat tayar hadapan yang membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Hasil soal siasat mendapati kedua-dua remaja terbabit masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Padang Terap masing-masing berusia 13 dan 17 tahun.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kedua-dua remaja itu kemudian dibawa ke IPD Padang Terap dan saman dikeluarkan terhadap mereka sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Sehubungan itu, Mulkiaman berkata, pihaknya menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak terutama ketika musim cuti persekolahan dan juga musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini supaya tidak terbabit dengan aktiviti yang boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.

Katanya, Op Selamat 20 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 27 April ini dalam usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang sering meningkat terutama di musim perayaan.

Beliau berkata, pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati sewaktu berada di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Padang Terap

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply