ARKIB

KATEGORI

Buletin

Halim Saad tawar bidaan tertinggi untuk beli PLUS – Cadang diskaun tol 25 peratus

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, bekas peneraju Renong Group, Tan Sri Halim Saad membuat tawaran tertinggi bagi mengambilalih keseluruhan kepentingan Khazanah Nasional dalam konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PMB), menerusi sepucuk surat yang ditulis oleh beliau.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Surat bertarikh 11 Oktober yang dialamatkan kepada Menteri Kerja Raya Baru Bian itu menyatakan bahawa Halim dan ahli perniagaan terkemuka Wong Gian Kui membuat tawaran sebanyak RM5.2 bilion bagi mendapatkan 51 peratus kepentingan milik Khazanah itu. Menurut surat tersebut, PMB baharu akan menawarkan diskaun 25 peratus ke atas kadar tol. Tempoh konsesi juga tidak akan dilanjutkan dan akan berakhir pada Disember 2038.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Jutawan itu mengesahkan membuat tawaran tersebut kepada akhbar perniagaan The Malaysian Reserve. Minggu lalu, Widad Business Group menawarkan untuk membeli konsesi PLUS Expressways Bhd dengan mengambilalih 51 peratus kepentingan milik Khazanah dengan pertimbangan tunai bernilai RM1.5 bilion atau keseluruhan konsesi dimiliki Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pertimbangan tunai RM3 bilion. Kumpulan itu berjanji untuk mengurangkan kadar tol di antara 25 peratus dan 40 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Victoria University of Wellington.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply