Lain macam sungguh penangan Proton X50. Ketika artikel ini ditulis, kami mendengar ura-ura yang mengatakan model SUV kedua Proton dengan usaha sama rakan teknikal mereka dari China, Geely itu telah berjaya mengumpul jumlah tempahan sebanyak 19,000 unit hingga setakat ini. Memang luar biasa!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
Boleh dikatakan ia pertama kali dalam sejarah automotif tempatan, kereta buatan China berjaya mengumpul tempahan dengan jumlah yang cukup besar. Namun angka sebenar masih belum diumumkan secara rasmi oleh Proton buat masa ini dan mungkin mereka akan mendedahkannya semasa hari pelancaran nanti.
Bilakah pula tarikh pelancaran Proton X50? Menurut beberapa sumber, dikhabarkan model ini akan dilancarkan pada pertengahan bulan depan dan besar kemungkinan ia akan berlangsung pada 15 Oktober 2020. Jika maklumat ini tepat, maka tarikh tersebut genap sebulan dari tarikh mula tempahannya dibuka pada 15 September lalu.
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
X50 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian yang terdiri dari varian Standard, Executive, Premium dan Flagship. Enam warna boleh dipilih antaranya Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue, Passion Red dan Citrus Orange serta kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship).
X50 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter TDI yang mampu menghasilkan iaitu 150 PS dengan 226Nm daya kilas untuk varian Standard, Executive, Premium manakala varian Flagship pula mendapat enjin 1.5 liter T-GDi yang lebih berkuasa dengan 177 PS dengan 255Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod penukaran gear secara manual.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
KOMEN TERKINI