ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hap Seng Smart muncul pengedar sah pertama EV jenama smart di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat milik penuh Proton, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) telah melantik Hap Seng Smart Sdn. Bhd. sebagai pengedar sah pertama Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), smart di Malaysia

PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand bakal memperkenalkan model pertamanya iaitu smart #1 di Malaysia pada penghujung tahun 2023.

Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi smart Malaysia yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pelantikan pengedar premium baharu dan penubuhan Pusat Jenama smart serba baharu atau smart Space.

Pelantikan Hap Seng Smart mencerminkan komitmen PRO-NET untuk menembusi pasaran automotif model eksklusif dan pada masa yang sama menjadi peneraju jenama automotif EV terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hap Seng Smart akan memanfaatkan kepakaran teknikal syarikat induknya, Hap Seng Group yang telah bertapak sebagai peneraju pengedar automotif terkemuka di Malaysia dengan sejarah penjualan automotif lebih 50 tahun.

Bilik pameran pertama akan dibuka pada suku keempat (Q4) 2023 yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan diikuti sebuah lagi bilik pameran di Balakong, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pelantikan ini menandakan kemasukan PRO-NET ke dalam pasaran automotif premium dan juga pasaran EV terbaharu di Malaysia.

Kumpulan Hap Seng telah berkembang menjadi peneraju pasaran yang terkemuka bagi pengedaran Mercedes-Benz di Malaysia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Hubungan Kumpulan Hap Seng dengan jenama Mercedes-Benz bermula pada tahun 1969 apabila Hap Seng dilantik sebagai pengedar sah untuk trak, bas, kenderaan penumpang dan alat ganti jenama itu.

Model smart #1 pula merupakan gabungan ciptaan ulung kejuruteraan oleh pasukan reka bentuk smart dan Mercedes-Benz yang menterjemahkan ciri-ciri aspirasi smart.

Jalinan kerjasama dengan Hap Seng Smart menjadi permulaan kepada kemasukan PRO-NET ke dalam pasaran automotif premium di Malaysia.

smart akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang terbaik di dalam industri untuk memperkenalkan produk, perkhidmatan dan pengalaman jenama premium.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply