ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Haram jika memudaratkan diri” – Mufti Pahang

Berita Tempatan

Views

“Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.” Itu komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.

Menurut Harian Metro, Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam, namun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama. Kata beliau, matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Tambah beliau, dalam situasi ini, sekiranya ia membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak. Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang lain selamat.

Ujar beliau, mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan sesuatu objek supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain. Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, mereka boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Kata beliau lagi, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat. Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan kera mungkin menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solat di lorong kecemasan.

Sebelum ini tular foto dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto Mufti Pahang kredit Berita Harian.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply