ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan tunaikan solat di lorong kecemasan kerana ia mengundang bahaya – ANIH Berhad

Berita Tempatan

Views

Susulan foto pengguna lebuh raya menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan, ANIH Berhad mengambil maklum tentang kejadian tersebut yang mulai tular di media sosial sejak Jumaat, 31 Julai 2020. Kejadian tersebut berlaku di Km32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) berikutan kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Sebagai pengendali lebuhraya KLK, pihaknya menggesa pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan di atas faktor keselamatan. Ia dikhuatiri mungkin menyebabkan pengguna jalan raya lain turut sama solat dan boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran statik individu yang berada di lorong tersebut.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

ANIH Berhad juga berharap agar para pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya KLK ketika menuju pulang ke Lembah Kelang dengan menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang bakal ditempuhi kelak.

Pada masa yang sama, ANIH Berhad amat menghargai komitmen para pengguna jalan raya di dalam meningkatkan keselamatan di jalan raya untuk diri sendiri, keluarga dan pengguna lain serta senantiasa bersabar di dalam aliran trafik puncak. Layari Twitter @LPTTrafik dan hubungi LPT-line 03-547 9111 / 1700-818-700 dan hantarkan e-mel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply