ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia siar iklan acah kedua Hilux facelift 2020 – Akan tiba dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Nampaknya kami terlepas pandang iklan acah Toyota Hilux facelift 2020 yang mula disiarkan di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia sejak beberapa hari lalu. Kebetulan pula ia muncul senyap-senyap ketika kami masih dalam ‘mod bercuti’ sempena sambutan Aidiladha.

Ini merupakan iklan acah kedua Hilux facelift 2020 mula mengusik warganet sejak semalam selepas iklan pertamanya muncul dua hari sebelumnya.  Dengan kapsyen “Satu-satunya”, Toyota Malaysia turut menjemput warganet untuk mendaftarkan minat mereka terhadap ‘trak pikap kegemaran ramai’ itu menerusi pautan ini.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Tahun ini boleh dikatakan tahun yang agak sibuk buat Toyota Malaysia kerana mereka tanpa segan silu melancarkan beberapa buah model baharu dan juga dikemaskini secara berturut-turut, antaranya RAV4 2020, GR Supra yang dikemaskini dan juga GR Yaris yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Hilux facelift 2020 telah dilancarkan pada bulan Jun di Thailand dan ia bukan sahaja tampil dengan gaya lebih segar, malah menerima nadi baharu serta talaan semula pada sistem suspensinya. Hilux facelift 2020 dikuasakan oleh unit penjana baharu, enjin 1GD-FTV 2.8 liter turbodiesel yang mampu menghasilkan 204 kuasa kuda pada 3,400 rpm dengan 500 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Ia dipadankan dengan pilihan kotak gear enam-kelajuan iMT atau enam-kelajuan automatik yang mampu memberikan pecutan lebih lancar serta penggunaan bahan api lebih cekap. Sistem suspensi model ini turut dipertingkatkan, dengan penalaan dibuat pada spring jenis dedaun belakang selain menggunakan set bushing baharu.

Untuk versi Thailand, Hilux facelift turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu, Emotional Red II, Dark Blue dan Oxide Bronze metallic. Selain itu, buat julung kalinya pasaran di Thailand menerima teknologi bantuan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Jelajah Radar Dinamik dan Amaran Keluar Lorong, namun ia hanya ditawarkan pada varian Revo Rocco.

Adakah Hilux facelift 2020 bakal diperkenalkan dalam masa terdekat? Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Hilux facelift 2020

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply