ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga baharu ORA GOODCAT model 2024 ‘turun’, bermula dari RM 113,800

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia semalam telah mengumumkan tanda harga baharu bagi model hatchback elektrik ORA GOOD CAT (model 2024).

Model yang hadir dalam tujuh pilihan warna itu kini ditawarkan pada harga permulaan dari RM 113,800 untuk varian 400 Pro dan RM 143,800 untuk varian 500 Ultra.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pembeli ORA GOOD CAT juga akan menikmati pakej waranti yang merangkumi:

  • Waranti kenderaan penuh 5 tahun / 150,000 km,
  • Waranti bateri 8 tahun / 180,000 km
  • Waranti Motor Elektrik dan Unit Kawalan Motor Elektrik 8 tahun / 180,000 km, (yang mana terdahulu)

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi, dengan harga jualan baru ini, pihaknya yakin ORA GOOD CAT akan menjadi salah satu EV dengan nilai terbaik, terutamanya dalam julat harga RM 120,000.

Tambahnya, menerusi penetapan harga baharu ini, ia menawarkan EV pada harga yang berpatutan dan elegan, yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan prestasi yang unggul.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain struktur harga baru, GWM Malaysia menawarkan faedah eksklusif berupa tambahan waranti kenderaan selama 2 tahun sehingga 150,000 km kepada pemilik sedia ada GWM ORA GOOD CAT.

Selain itu, pelanggan sedia ada juga akan menikmati tambahan 5 tahun atau 75,000 km penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan buruh), yang mana terdahulu, di atas selang masa servis yang telah dilengkapkan.

Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, GWM Malaysia turut menawarkan Pengecas Lekap Dinding Rumah dan Pengecas Mudah Alih 3 Pin percuma dengan pembelian mana-mana GWM ORA GOOD CAT baharu. Promosi ini hanya sah untuk pendaftaran baharu sehingga 30 April 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply